Wednesday 13 June 2012

Assalammualaikum

Harap semuanya sihat sejahtera..dah lama saya tak masukkan apa-apa info dalam tiptip..

Oh ya ..nak berleter panjang-panjang tak pandai...nanti jadi lain pulak..

Elok kita renung sedutan dari Buku - Nasihat Buat Setiap Diri

Berkata Usman bin Affan r.a.  :


Perkara yang paling sia-sia ada 10


1. Orang alim yang tidak dimanfaatkan.
2. Ilmu yang tidak diamalkan.
3. Pandangan bernas yang tidak diterima
4. Senjata yang tidak digunakan.
5. Masjid yang tidak ada orang yang bersembahyang di dalamnya.
6. Al Quran yang tidak di baca.
7. Harta yang tidak dibelanjakan pada jalan Allah.
8. Kuda yang tidak ditunggangi.
9. Ilmu mengenai zuhud di dalam dada orang yang mencintai dunia.
10. Umur panjang yang tidak digunakan untuk mencari bekalan ( untuk musafir ) ke negeri akhirat.

Dalam suasana hidup sekarang yang banyak cobaan ..eloklah kita selalu dengar nasihat-nasihat dari alim ulamak ...bukankah para alim ulama itu pewaris Nabi.

Itu saja buat malam ni....

Wassalam

Mohamed
Tmn Daya

Sambil-sambil tu untuk rilekkan minda tengok keindahan Alam dari Video berikut








Thursday 31 May 2012

Problem Solving Techniques

Beberapa koleksi video berkenaan Kaedah Menyelesaikan Masalah

Sesuai untuk mereka yang berkerja , pelajar-pelajar , penuntut-penuntut di U dan sebagainya

" Tiap Masalah Ada Penyelesaiannya "














Wednesday 30 May 2012





Gambar copy dari FB - jernihnya air sungai ni ...tak pernah aku lihat air sungai sejernih ini..

Sungguh mengasyikkan.....


Tuesday 29 May 2012

Koleksi Video Berkenaan - Guides For Interview






Beberapa koleksi video berkenaan persediaan ke temuduga buat sesiapa saja terutama anak-anak kita yang akan memasuki alam pekerjaan.

Sedikit bantuan buat mereka ...

Wassalam
Mohamed


Wednesday 23 May 2012

Assalammualaikum Semua

Elok kita hebah-hebahkan majlis ilmu ini kepada sesiapa sahaja
semoga mendapat ganjaran .Amin !!!


Di tempat lain beliau memberi tazkirah seperti berikut 

26 Mei 2012

1. Masjid Intan Abu Bakar Taman Sri Pulai - Lepas Maghrib.

2. Masjid Taman Sri Pulai Perdana - Lepas Isya.

27 Mei 2012

1. Masjid Jamek Bandar Baru UDA - Subuh

2. Surau Austin Perdana - 8.30 pagi

3. Surau Hidayah Taman Daya - Lepas Zohor

4. Surau Beringin Taman Rinting,Masai.- Lepas Maghrib

5. Surau Al - Barrarah Masai - Lepas Isya.

Beliau merupakan seorang Pendakwah , Panel Kajian Syariah JKIM , Panel IKIM dan kolumnis Islamik.

Untuk tahu lebih lanjut berkenaan beliau search di Goggle dengan nama beliau.

Semoga mendapat faedah di dunia dan akhirat ...

Ringkasan Tazkirah Di Surau Austin Perdana


Alhamdulilah - saya sempat menghadiri Tazkirah beliau di Surau Austin Perdana pada pagi tersebut.
Beliau mengupas berkenaan Keberkatan Rezeki.


Memang ilmiah dan sangat berguna kepada kita.


Secara ringkas mengikut ulasan beliau berkenaan " Sebab-sebab Yang Boleh Menambah Rezeki " seperti berikut :


1. Kita perlu selalu bertawakal kepada Allah bahawa rezeki adalah pemberian Allah dari segala usaha yang kita buat.


2. Banyakkan solat 


3. Melazimkan selalu beristifar kepada Allah.


4. Selalu bersedekah 


Menurut kata beliau Teori Ekonomi Moden sekarang percaya bahawa dengan banyak bersedekah akan menambah pendapatan sesuatu perniagaan dsb.


5. Sentiasa berzakat kerana ia membersihkan harta kita.


6. Menjaga silatulrahim dengan ahli keluarga , sanak saudara dan sesama muslim.


7. Sentiasa zikirullah


Begitulah ulusan beliau , menurut katanya jika hendak tahu lebih lanjut bolehlah membeli buku beliau berkaitan " Keberkatan Rezeki "


Beberapa buku beliau diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn Bhd


Web : www.pts.com
Kedai buku online PTS : www.bookcafe.com.my


Semoga berfaedah.


Wassalam
Mohamed
Tmn Daya