Assalammualaikum
Apakah sifat isteri Solehah ?
1. Redha dengan suami yang telah dijodohkan oleh Allah.
2. Menjadi isteri yang setia kepada suami sama ada semasa senang atau susah.
3. Selalu memohon maaf dari suami.
4. Sentiasa taat perintah suami selagi tidak bercanggah dengan syariat.
5. Mendahulukan suami dalam apa jua hal dan keadaan.
6. Sentiasa menghiburkan hati suami terutama apabila ia dalam kesusahan dan kerisauan.
7. Melembutkan pandangan serta tunduk di hadapan suami.
8. Tidak pernah mencegah dirinya dari disentuh suami ketika mana ia perlu.
9. Tidak khianat terhadap suami, pakaiannya tempat tidurnya atau sebagainya ketika suami tiada.
10. Menghormati suami , ibubapa serta keluarga suami.
11. Selalu mendoakan kesejahteraannya.
12. Sentiasa dalam keadaan bersih , kemas dan menyukakan hati suami apabila dipandang.
13. Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
14. Tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan suami
Sumber Catatan Ini : Risalah Edaran Amal untuk Pusat Amal Al Akhyar.
Sekadar buat renungan kita dan ingat mengingati...
Wassalam
Mohamed
Tmn Daya
No comments:
Post a Comment