Assalammualaikum
Petikan dari Buku " Anakku Soleh Anakku Cemerlang ". Muka Surat - 38
Panduan Membentuk Peribadi Positif Anak ( berusia 9 - 18 bulan )
1. Jadikan diri anda contoh
2. Biarkan anak menikmati kehidupannya - jangan tergesa-gesa membentuk dirinya.
3. Anda perlu berjiwa positif terutama apabila berdepan dengan kesukaran.
4. Terima anak kecil seadanya.
5. Biarkan anak melakukan sendiri perkara baru.
6. Jangan terlalu banyak menegur
7. Stabilkan jiwanya
8. Elakkan berleter
9. Anak kecil perlu dilayan sebagaimana orang dewasa - seperti menunjukkan rasa hormat , sentiasa mendengar dsb.
10. Anda seharusnya berlatih mendengar secara aktif.
11. Berikan anak kecil kasih sayang tanpa syarat
12. Jadikan diri anda contoh manusia jujur
13. Elakkan menjerit , bersikap kasar atau kekerasan.
14. Janji perlu ditepati
15. Jangan terlalu bertolak ansur
16. Apabila anak takut , jangan cuba menidakkan rasa takut itu.
17. Jangan mencela anak kecil
18. Ajar anak berfikiran sihat setiap masa.
19. Didik mereka menyanjungi atau menghargai kehidupan
20. Anak perlu sentiasa mengingati diri bahawa anak itu masih kanak-kanak.
Bapak bapak ...Ibu-ibu kalau stress sangat janganlah buat cam ni !!!
Nota : Sumber Gambar - Goggle !
Begitulah catatan dari buku tersebut , nak tau lebih lanjut belilah buku ni.....Nama Buku : Anakku Soleh Anakku Cemerlang
Pengarang : Fatimah Hj Omar
Penerbit : Pustaka Azhar
Harga : RM 10.00
Saya akui bukan senang nak didik anak ya ....Ini untuk ingatkan saya juga ....wasalam
Mohamed
Tmn Daya
No comments:
Post a Comment