Tuesday, 1 May 2012

Assalammualaikum


Setelah melalui zaman pekerjaan hampir 30 tahun , rasanya telah banyak yang dialami  ..terfikir saya mencatatkan beberapa tip-tip yang diharap berguna terutamanya kepada anak-anak kita yang masih belajar di mana-mana sahajalah . ia berkenaan skill atau pengetahuan tambahan selain bidang utama yang dipelajari di U , politeknik dll.


Eloklah kepada para pelajar yang masih belajar di U atau di mana saja mengetahui atau mempelajari pengetahuan tambahan berikut , ya tentu jadi satu 'nilai tambah' kepada sijil /diploma/ ijazah anda


Skil tambahan yang saya rasa perlu seperti berikut :


1. Bekerja tak lari dari 'masalah' - samada masalah manusia ,proses dan sebagainya, jadi tingkatkan keupayaan menyelesaikan masalah.


2. Bekerja secara kumpulan ada ketikanya perlu - jadi biasakan bekerja secara 'team work'.


3. Masalah kadang-kadang perlu diselesaikan secara 'mesyuarat' - jadi tingkatkan kemahiran dalam pengurusan atau bagaimana mengendalikan mesyuarat dengan cara yang betul dan berkesan.


4. Aspek komunikasi penting - jadi tingkatkan kemahiran berkomunikasi dengan semua pringkat pekerja.


5. Elok tahu program-program 'improvement' seperti - QCC , 5S , kaizen dan sebagainya.Nak tau lebih lanjut tentang ni search saja di Internet.Kata orang sekarang - ' Maklumat dihujung jari anda !



Logo Sekadar Hiasan !


6. Pelajari apa itu ISO ...dan macam-macam lagi sistem pengurusan zaman sekarang ni misalnya
ISO 9001 , ISO/TS16949 , ISO14001, OSHAS 18001 , ISO 134585 ( medical ) .. , HACCP..
GMP dan sebagainya.


Tak susah nak tau ...macam biasa search aje di Internet.


Cukup setakat ni ..nanti kalau ada idea lagi ..saya akan tambah


" Apa yang telah kita lalui ..jika perlu disampaikan ..eloklah disampaikan kepada anak-anak kita yang akan melaluinya..semoga ia melalui lebih baik dari kita ".


Wassalam
Mohamed
Tmn Daya


Coba klik di bahagian gambar hiasan di atas !


No comments:

Post a Comment